Memahami Palet Pemilihan Warna Photoshop Berdasarkan HSB

Melalui HSB, warna di definisikan melalui tiga nilai iaitu : Hue(H), Saturation(S), Brightness(B)

Hue ialah nilai yang mengawal variasi warna iaitu seperti merah, biru, kuning, jingga dan sebagainya. Nilai hue di kira dalam bentuk darjah iaitu dari 0° hingga 360°.

Saturation ialah nilai yang mengawal peratusan campuran warna pada satu² nilai hue dengan warna putih. Nilai saturation dikira dari 0 hingga 1, ataupun dari 0% hingga 100%. Nilai Saturation 100% bermakna warna tersebut tidak mengandungi sebarang campuran warna putih.

Brightness pula ialah nilai yang mengawal peratusan campuran warna pada satu² nilai hue dengan warna hitam.Nilai brightness juga dikira dari 0 hingga 1, ataupun dari 0% hingga 100%. Nilai Brightness 100% bermakna warna tersebut tidak mengandungi sebarang campuran warna hitam.

Di dalam Photoshop palet pemilihan warna disusun seperti gambar di bawah :



Berdasarkan gambar di atas nilai hue boleh dipilih dari bawah ke atas, yang mana dibawah ialah nilai 0° dan yang paling atas ialah 360°.

Nilai saturation pula boleh di pilih secara melintang, iaitu nilai 0% berada disebelah kiri dan 100% di sebelah kanan.

Nilai brightness pula boleh di pilih secara menegak, iaitu nilai 0% berada disebelah bawah dan 100% di sebelah atas.



sesetengah program menggunakan terma untuk brightness yang berlainan seperti luminosity (HSL), value (HSV) dan sebagainya
my gallery of Digital Painting and Digital Photography Digital painting and photography gallery. Catan digital dan fotografi digital. saripol akarumbi digital arts wacom tablet 300d canon powershot a80 saripol, akarumbi, saripol.akarumbi, catan digital, quickies, painting, digital painting, digital art, art, art gallery, graphic tablet, graphic, photography, eos 300D, powershot a80, fotografi digital, malaysian artist, tutorial mewarna, coloring line art, comic, komik, malaysia, drawing, melukis, mewarna, mengecat, photoshop, painter, artikel mengecat, painting articles, tenik mewarna, teknik mengecat, coloring techniques, painting techniques, teknik mengambil gambar, photography techniques, teknik fotografi